Yahoo seronok rasa bila dapat wedding invitation kat event FB, bukak2 rupanya 2 pupu mummy yg kawin, TAHNIAH buat Ana & Din kerana melangsungkan majlis persandingan pada hari ini, walaupun cuaca agak terik tapi sangat sesuai rasanya dibandingkan dengan hujan lebat, makanan yg dihidangkan semuanya sedap2, antaranya nasi putih & nasi minyak, gulai nangka, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal sotong, acar timun, ulam, sambal belacan & macam2 lagi la. Untuk pemanis mulut pulak kueh mueh & cendol tak lupa juga ada sudut utk candy buffet, kak ca & kak ya tak abis2 asyik ambik gula2 straw je.
Lepas je abis kenduri terus kami sekeluarga balik ke rumah, atuk wan & ibu khalisa semua terus balik dengkil, dalam perjalanan mummy ajak daddy singgah NSK, dah banyak yg berubah, saje je mummy survey barang2 utk meniaga, kalau ke sana apa lagi yg pasti mummy beli kalau tak ikan salmon he he he. Jom layan gambar malas nak type dah mengantuk tahap dewa dah ni....
Much Love, XOXO
No comments:
Post a Comment