Wednesday, 22 May 2013

Cant Wait....

Kebelakangan ni mummy tgk ramai kawan2 sebaya princess dah merayakan ulang tahun ke-4 mereka, princess pulak lagi 2 bulan 4 minggu he he he. Seperti tahun lepas jatuh pada bulan syawal, tidak seperti 3 tahun lepas mummy celebrate birthday princess bersama keluarga & sahabat terdekat, tahun ni mummy plan celebrate kami sekeluarga je kat luar, selain mengambil langkah berjimat cermat utk bajet raya & our next holiday bulan sept nnt (kalau ada rezeki la) he he he. Awal2 lagi princess dah bagitau birthday dia nnt tema BARBIE, aduyai bape kali la nak buat tema barbie, tapi tak per la mummy layan aje...

Much Love, XOXO

 1st Birthday Bash
 
2nd Birthday Bash
3rd Birthday Bash


Saturday, 11 May 2013

Aunty Suhana kawin....

Yahoo seronok rasa bila dapat wedding invitation kat event FB, bukak2 rupanya 2 pupu mummy yg kawin, TAHNIAH buat Ana & Din kerana melangsungkan majlis persandingan pada hari ini, walaupun cuaca agak terik tapi sangat sesuai rasanya dibandingkan dengan hujan lebat, makanan yg dihidangkan semuanya sedap2, antaranya nasi putih & nasi minyak, gulai nangka, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal sotong, acar timun, ulam, sambal belacan & macam2 lagi la. Untuk pemanis mulut pulak kueh mueh & cendol tak lupa juga ada sudut utk candy buffet, kak ca & kak ya tak abis2 asyik ambik gula2 straw je.

Lepas je abis kenduri terus kami sekeluarga balik ke rumah, atuk wan & ibu khalisa semua terus balik dengkil, dalam perjalanan mummy ajak daddy singgah NSK, dah banyak yg berubah, saje je mummy survey barang2 utk meniaga, kalau ke sana apa lagi yg pasti mummy beli kalau tak ikan salmon he he he. Jom layan gambar malas nak type dah mengantuk tahap dewa dah ni....

Much Love, XOXO


















Sunday, 5 May 2013

Jom kita MENGUNDI ....

Hola... Akhirnya masa yg ditunggu utk mengundi pun tiba, mummy malas nak pergi sorang2 sbb kalau drive tak de parking plus jalan jem giler so mummy decide tunggu daddy balik dari raub baru nak pergi mengundi naik motor je, daddy sampai dari raub lepas zuhur, so mummy decide nak pergi pukul 3 petang sekali hujan lebat tak ingat apa lagi kalau hujan lebat zzz la yg paling best he he he.

Akhirnya selepas pukul 4.30 baru mummy pegi, nak start motor plus jem walaupun dekat tak ingat sampai pun dekat pukul 5.00, dahlah ramai orang depan pagar sekolah agama tu, segan pun ada, elok je kuku mummy diinaikan jam loceng pun berbunyi tanda pukul 5.00 petang, alhamdulillah mummy sempat mengundi, harap2 dengan undi mummy ni semoga LEMBAH PANTAI akan bertambah maju & makmur...

Much Love, XOXO

Wednesday, 1 May 2013

Hola...

Hari ni pasti semua semangat sikit nak kerja kan al-maklumla semalam kan cuti hari buruh, ahaks. Hu hu hu tak lama lagi dah nak mengundi, aira dah hafal lagu mengundi yg tomok nyanyi tu selalu dia tanye "bila mummy nak mengundi", mummy akan mengundi di Lembah Pantai & daddy lak mengundi kat Raub, nnt masa hari mengundi mummy nak bawak princess so biar dia tahu mengundi tu macam mana, nak tahu mummy sokong parti mana, oppppsss biarlah RAHSIA...

Much Love, XOXO




Preparation for 3rd Birthday Bash

Kebanyakkan barang mummy dah beli awal2, so bila sampai majlis mummy hanya perlu tambah beberapa barang yg tak cukup lagi, malas nak type panjang2 jom layan gambar

Much Love XOXO
 hair clip princess
yg manis2 utk tetamu 
choc 
gula2 mentos
 ladybird utk semua
 nama pun SSC so mesti ada gula2 strawberry
 thanks aunty ros design utk aira 
 lapik meja pun merah
 crown utk princess
 SSC paper plate
 SSC Cone Hat
 SSC Blowout
 SSC Napkin
 Spare Napkin from IKEA
 SSC Banner import from Singapore
 SSC Table Cover
 Balloon yg tak sempat nak tiup
 bg MALATOP sikit bday party
 SSC My Name Is ....
 Birthday Tee
Blouse Mummy

Tuesday, 30 April 2013

Bila Mummy & Daddy tak keja.....

Since daddy cuti hari ni jadi daddy suruh mummy cuti jugak utk temankan daddy ke Mydin Mall, mummy pulak nak ajak daddy ke Sri Rampai utk tempah baju & Batu Caves rumah kawan mummy. Sebelum sampai mydin mummy dah terbayang2 nak makan nasi kerabu tapi hampa bila sampai sana kedai nasi kerabu tu mcm tak ada, mungkin dah tutup, so mummy pun decide order ni utk breakfast sbb nak shopping barang dapur mesti nak guna tenaga yg banyak kan he he he ...

tada nasi kandar padang kota & ayam goreng 
Seperti biasa inilah FAV princess aira kalau pergi mall, since daddy bagi RM 5.00 so 5 kali jugakla princess naik benda alah ni ....
muka happy bangat 
 princess yg giler stering
jom drift
Masa nak balik kat ground floor tiba2 princess naik atas pentas & buat catwalk n menari ala2 penyanyi, sabar jela mummy, terkejut + segan dengan orang ramai...
Lepas je shopping barang2 dapur terus balik rumah dulu hantar barang2 takut rosak sbb nak pergi selayang & wangsa maju, on the way balik rumah tiba2 nummy nampak no plate yg luar biasa...
1M4U4766
Sampai je rumah aunty azie kat batu caves lebih kurang 2 lebih so apa lagi perut pun mestila dah berdondang sayang, bagai mengantuk disorong bantal jom layan menu hidangan aunty azie...
 apa lagi orang dah hidang terusla makan dengan berseleranya :-)
 salmon FAV princess, bertambah dia makan
 FAV mummy & daddy 
 acar buah fresh baru je masak mmg TERBAIK, nak order boleh order dengan tokey yummytummy
pak choy goreng dengan fish ball
yg ni pulak mummy masak khas utk aunty azie
Tak lupa jugak terima kasih utk bekalan yg macam2, acar buah utk wan ma, buah plum 2 biji & kueh koci, he he he, lebih kurang pukul 3 lebih terus mummy ke sri rampai utk tempah baju raya, ALHAMDULILLAH aunty khime masih terima sebab dah lebih 10 tahun mmg dia sorang je yg buat baju mummy, lega sesangat, tahun ni mummy akan sedondon dengan princess warna PURPLE, tapi princess punyer light sikit sbb ikut warna kulit, kwang kwang kwang 
Kertas ni kena simpan elok2 kalau tidak haru je nak cari baju yg berlambak kat kedai aunty khime, tadi mummy tgk dah macam timbunan sampah je kain2 baju yg orang hantar utk raya. Nampaknya baru kurung utk hari raya dah settle, mummy tinggal cari tudung je, princess nnt mummy tambahla apa yg patut ikut budget raya thn ni yg tak keluar lagi, he he he. Lebih kurang pukul 5 petang kita orang sampai kat rumah, mmg penat giler rasanya tapi lega sangat banyak urusan dah selesai. 

Akhir kata selamat hari buruh utk semua warganegara MALAYSIA walaupun yg tidak bekerja, wink wink.

Much Love XOXO