Tuesday, 30 April 2013

Bila Mummy & Daddy tak keja.....

Since daddy cuti hari ni jadi daddy suruh mummy cuti jugak utk temankan daddy ke Mydin Mall, mummy pulak nak ajak daddy ke Sri Rampai utk tempah baju & Batu Caves rumah kawan mummy. Sebelum sampai mydin mummy dah terbayang2 nak makan nasi kerabu tapi hampa bila sampai sana kedai nasi kerabu tu mcm tak ada, mungkin dah tutup, so mummy pun decide order ni utk breakfast sbb nak shopping barang dapur mesti nak guna tenaga yg banyak kan he he he ...

tada nasi kandar padang kota & ayam goreng 
Seperti biasa inilah FAV princess aira kalau pergi mall, since daddy bagi RM 5.00 so 5 kali jugakla princess naik benda alah ni ....
muka happy bangat 
 princess yg giler stering
jom drift
Masa nak balik kat ground floor tiba2 princess naik atas pentas & buat catwalk n menari ala2 penyanyi, sabar jela mummy, terkejut + segan dengan orang ramai...
Lepas je shopping barang2 dapur terus balik rumah dulu hantar barang2 takut rosak sbb nak pergi selayang & wangsa maju, on the way balik rumah tiba2 nummy nampak no plate yg luar biasa...
1M4U4766
Sampai je rumah aunty azie kat batu caves lebih kurang 2 lebih so apa lagi perut pun mestila dah berdondang sayang, bagai mengantuk disorong bantal jom layan menu hidangan aunty azie...
 apa lagi orang dah hidang terusla makan dengan berseleranya :-)
 salmon FAV princess, bertambah dia makan
 FAV mummy & daddy 
 acar buah fresh baru je masak mmg TERBAIK, nak order boleh order dengan tokey yummytummy
pak choy goreng dengan fish ball
yg ni pulak mummy masak khas utk aunty azie
Tak lupa jugak terima kasih utk bekalan yg macam2, acar buah utk wan ma, buah plum 2 biji & kueh koci, he he he, lebih kurang pukul 3 lebih terus mummy ke sri rampai utk tempah baju raya, ALHAMDULILLAH aunty khime masih terima sebab dah lebih 10 tahun mmg dia sorang je yg buat baju mummy, lega sesangat, tahun ni mummy akan sedondon dengan princess warna PURPLE, tapi princess punyer light sikit sbb ikut warna kulit, kwang kwang kwang 
Kertas ni kena simpan elok2 kalau tidak haru je nak cari baju yg berlambak kat kedai aunty khime, tadi mummy tgk dah macam timbunan sampah je kain2 baju yg orang hantar utk raya. Nampaknya baru kurung utk hari raya dah settle, mummy tinggal cari tudung je, princess nnt mummy tambahla apa yg patut ikut budget raya thn ni yg tak keluar lagi, he he he. Lebih kurang pukul 5 petang kita orang sampai kat rumah, mmg penat giler rasanya tapi lega sangat banyak urusan dah selesai. 

Akhir kata selamat hari buruh utk semua warganegara MALAYSIA walaupun yg tidak bekerja, wink wink.

Much Love XOXO





Monday, 29 April 2013

Hujan oh hujan

Hu hu hu, entri ni mummy type sbb bosan tunggu bus di dlm hujan. Mummy terlepas 2 bus yg agk kosong n one thing for sure the next bus sure penuh tp x penuh pun so mummy rasa ramai yg bercuti pd hari ini.

Much Love XOXO

Sunday, 28 April 2013

Bunga2 Cinta

Jom layan gambar bunga, sejuk mata memandangkan, he he he....

Much Love XOXO

Ole2 dari Tanah Tinggi Cameron

Alhamdulillah lebih kurang pukul 5 petang, princess dan rombongan selamat sampai, awal2 lagi dia bagitau yg dia nak pergi lagi tapi kali ni dengan mummy & daddy, in shaa allah ada rezeki nnt kita pergi sama2 ye sayang.

Kat sana acu kata semua benda dia nak beli, kalau benda yang tak ada jual kat kl tak perla, ni kebanyakkan benda yg ada dijual di kl, kalau tak beli mulala nak merajuk, hai kecik2 dah pandai merajuk, yg ni ikut perangai mummy kot hua hua hua. Acu belikan dia bunga rose 3 kuntum, kak ca tak nak bunga, bila sampai mummy tanyala utk siapa, terus dia cakap utk mummy, yaya & daddy, sweetnya anak mummy, kecik2 lagi dah bagi bunga kat mummy.

Disebabkan semua kepenatan makan mummy pun hidangkan cucur kentang utk minum petang, takla petang sangat, siap goreng pun dah nak maghrib, thanks aunty siti belikan mummy teh strawberry, thanks jugak wan ma belikan, keledek, kentang, jagung, kimcan, buah strawberry, jambu & limau, tak sabar nak makan. Seperti biasa jom layan gambar ole2 dari cameron, entri penuh pasal cameron esok ajela mummy type ye he he he...

Much Love XOXO
 mula2 beli bantal satu je, tgk khalisa beli yg lain terus dia nak lagi satu, khalisa pun sama, aduyai
 rose utk mummy, daddy & princess
 thanks wan ma utk semua ole2 & thanks aunty siti utk teh strawberry
 nak panggang dengan ayam nnt
 sayur wajib beli kalau pergi CH
 my FAV tea
cucur kentang utk semua yg kepenatan
 gadis & bunga

Saturday, 27 April 2013

Princess Aira Turns 3 (Strawberry Shortcake Theme)

Sebenarnya Strawberry Shortcake Theme ni mummy plan nak buat utk 1st bday princess (lagi sekali utk kawan2) tetapi atas beberapa masalah mummy tunda ke 2nd birthday princess (lagi sekali sekali utk kawan2) tetapi ada masalah jugak, akhirnya mummy terpaksa buat sebab mummy risau props yg mummy beli nnt reput, dahlah masa tu strawberry shortcake dah tak supply barang2 dia kat malaysia, so mummy dapatla balance2 yg dah nak abis, separuh mummy dapat dari balloon buzz, separuh lagi dari memory lane.

Seperti tahun lepas birthday princess kali ni jatuh pada bulan syawal so 2 celebration in 1, birthday party & open house, seperti tahun lepas jugak buat kat rumah wan ma kat dengkil, mmg ramaila tetamu yg hadir pada hari tu dengan sedara mara sekali, mmg mummy jemput semua sebab utk birthday princess yg ke-4 mummy plan nak celebrate kami 3 beranak je jimat, he he he.

Tahun ni mummy sengaja tempah cake yg besar supaya semua dapat makan, ummi pulak buatkan cake barbie utk khalisa & surprise kawan mummy aunty azie bagi fondant cake utk princess, mmg terkejut & rasa seronok sangat. Banyak jugak menu yg wan ma masak pada hari tu, mummy nampak semuanya berselera walaupun sering diganggu oleh kehadiran tetamu yg tak diundang cik LAT, mintak maaf ye tetamu.

Jamuan utk hari jadi princess bermula dari pukul 3 petang sampai maghrib, sebelah malam pulak sesi membuka hadiah, terima kasih buat semua yg bagi princess hadiah, dia suka sangat2. Akhir kata jom layan gambar mcm biasa .....

Much Love XOXO
 suasana sebelum majlis
 thanks aunty ros tolong design utk aira
 ummi buat utk khalisa
 mummy tempah kat Lina Delight

 hadiah dari Boss YummyTummy
 princess tgh tiup cake, dia bad mood baru bangun tido
 sesi potong cake
 potong cake lagi satu pulak
 its party time
 kat malaysia tak ada terpaksa order from singapore, thanks aunty effa sponsor banner ni
 princess with her birthday present
yeah semuanya aira suka

Princess Aira Turns 2 (Barbie Theme)

Kalau tahun lepas (2010) birthday princess jatuh pada bulan puasa, tahun ni (2011) pulak jatuh pada bulan syawal, kebetulan wan ma ada buat open house utk saudara mara & kenalan rapat maka mummy ambil kesempatan untuk celebrate birthday princess sekali, kali princess request utk barbie theme, so mummy layankan ajela, tahun tersebut juga merupakan tahun terakhir arwah wan cu bersama2 celebrate birthday princess, sedihnya, mummy doakan semoga arwah ucu ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman, aamiin. Jom layan gambar birthday princess ....

Much Love XOXO
Birthday cake mummy tempah kat kawan sepupu mummy
 aira is 2
 nasib baik ada yg ambik tempahan pada minggu pertama syawal
 khalisa cakap nnt next bday nak kek barbie jugak he he he 
 dah cacat


Princess Aira Turn 1, Alhamdulillah

Akhirnya masa yang dinanti2kan sekian lama pun tiba, mummy celebrate birthday princess belah malam sebab birthday princess jatuh pada bulan Ramadhan, so mummy ambik halfday ari tu semata2 nak buat preparation untuk birthday princess, wan ma ditugaskan untuk menyediakan makanan berbuka puasa, mummy cuma goreng ayam je, siang tu mummy beli cake kat secret receipe & beli balloon kat balloon buzz, daddy pulak tukang tiup balloon tapi guna pump la, sebabkan hari bekerja mummy cuma jemput kenalan & saudara terapat sahaja, terima kasih kepada yang sudi memeriahkan sambutan hari jadi princess yang pertama, semoga princess dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, menjadi anak yg solehah, terbaik dalam semua segi, in shaa allah. Jom layan gambar masa birthday princess....

Much Love XOXO

 birthday girl simata bulat
 birthday cake
 happy sebab ramai kawan
 dah potong cake baru mummy perasan yg foil & helium balloons lupa nak keluar
 mummy with birthday girl

thanks daddy tolong pump semua ni
the balloons 
deco from balloon buzz
the end